fbpx

Mega sungguh hadiah jadi lahir Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMEERA KHAN menyambut hari lahirnya dalam suasana yang cukup mewah dengan lambakan hadiah berjenama popular.

BERTUAH sungguh pensohor media sosial yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 tahun, pada 8 Disember lalu.

Daripada perkongsiannya dalam laman sosial, dia diraikan keluarga dengan sambutan istimewa termasuk acara memotong kek selepas menikmati hidangan beramai-ramai.

Cuma mata Mizz Lahar tertumpu kepada gambar beberapa hadiah yang diterima termasuk daripada beberapa jenama antarabangsa.

Bukan saja jambangan bunga dan pewangi, gadis popular itu turut menerima beg tangan serta barangan mewah lain.

Antaranya adalah daripada Cartier, Hermes, Dior, Miu Miu, Burberry, Ralph Lauren, Valentino serta Louis Vuitton.

Apa pun Ameera bukan asing dengan jenama besar itu apabila kerap ‘terbang’ ke acara membabitkan pelancaran kempen baharu pihak terbabit.

Tahun lalu pun dia dapat banyak hadiah mewah, untung jadi orang cantik macam Ameera yang juga kuat bekerja itu.

Mizz Lahar: Tak boleh hadam dengan sikap seorang selebriti yang masih ‘tarik muka’ walaupun sudah dibayar atas khidmatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI