fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat mangsa sebelum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan.

ETALING JAYA – Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini pada petang 5 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi itu berjaya dikesan ketika pihaknya melakukan ‘mass DNA screening’ (ujian DNA secara beramai-ramai) di apartmen tersebut pada Ahad lalu.

“Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di Blok R.

“Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 Blok R pada petang 5 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 6 Disember lalu, Kosmo! Online melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman.

Polis mengesahkan hasil bedah siasat, kanak-kanak tersebut dibunuh berikutan terdapat kesan kecederaan pada leher dan badannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI