fbpx

Dewan Negara: Kelantan sumbang 0.4 peratus dalam sektor E&E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chin Tong di Dewan Negara hari ini. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Negeri Kelantan telah menyumbang pelaburan sebanyak 0.4 peratus dalam sektor E&E di Malaysia melalui syarikat Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.7 billion.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Liew Chin Tong berkata, pelaburan itu juga telah mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan asing dan tempatan dalam pelbagai sektor ke semua negeri di Malaysia.

“Strategi promosi pembangunan pelaburan yang MIDA
laksanakan adalah berdasarkan kepada kekuatan dan kesesuaian ekosistem sesebuah negeri.

“MIDA sentiasa bekerjasama secara strategik dengan pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan bagi melipat
gandakan usaha-usaha promosi pelaburan seperti Bahagian Pelaburan Kelantan (Invest Kelantan) dan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC),” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Wan Martina Wan Yusoff yang meminta kementerian menyatakan berapakah peratus sumbangan negeri Kelantan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) khususnya dalam semikonduktor dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan pelaburan di Kelantan dalam bidang ini.

Sementara itu, Chin Tong berkata antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan pusat bersama kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi menarik pelaburan masuk ke Kelantan ialah memperkenalkan Pakej Insentif Percukaian Khas kepada
pelabur di Negeri Kelantan iaitu pengecualian cukai pendapatan
100 peratus selama 15 tahun dan 17 peratus untuk lima tahun
selanjutnya.

“Sebagai insentif tambahan, individu pemastautin bukan warganegara yang memegang jawatan pengurusan
kanan bagi syarikat yang diluluskan insentif hanya akan
dikenakan kadar cukai rata sebanyak 15 peratus,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI