fbpx

Tak tahu, Shuhada malas peduli pernikahan Hafidz, Athira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUHADA malas pedulikan kisah tular tentang perancangan bekasnya suaminya Hafidz Roshdi yang dikatakan bakal bernikah dengan wanita dikenali sebaha Athira Yuhada pada 16 Disember ini.

PETALING JAYA – “Saya tak tahu, malas nak peduli”.

Demikian respons bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengulas mengenai rancangan pernikahan bekas suaminya dengan wanita yang pernah dilaporkan punca kehancuran kehancuran hubungan mereka sebelum ini.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengakui terkejut dan tidak menyedari kisah penularan kad jemputan yang menyebut 16 Disember ini sebagai tarikh penyatuan Hafidz dan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

“Saya memang tidak tahu mengenai itu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah.

“Saya lebih sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak.

“Apa pun saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan kini. Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shu turut mengakui sudah lama tidak mengetahui sebarang perkembangan terbaharu bekas suaminya itu.

Terdahulu, pelakon drama Ku Punya Hati itu heboh diperkatakan akan zaman duda dengan Athira, wanita yang disebut-sebut sebagai orang ketiga dalam hubungannya selain Shuhada.

Melalui proses perceraian yang memancing perhatian ramai, akhirnya rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang dibina sejak 30 April 2016 menemui noktah apabila disahkan bercerai talak satu pada 26 Julai lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI