fbpx

Program Jerayawara Kasih KPWKM terima lebih 25,000 penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy menyerahkan notis AGS kepada wakil ketua jabatan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan pada Majlis Malam Media KWKPM, di ibu negara malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 65 Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Anti Gangguan Seksual (AGS) yang melibatkan seramai 25,251 penyertaan dari pelbagai peringkat telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara, tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, program yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sedang giat dijalankan bagi memberi pengenalan kepada antigangguan seksual kepada masyarakat.

Ia juga selaras dengan dengan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) iaitu satu manifestasi kerajaan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia dan tidak seharusnya dinormalisasikan dalam masyarakat.

“Gangguan seksual adalah jenayah yang boleh memberi kesan, bukan sahaja kepada mangsa malah keluarga. Ia juga boleh menjejaskan produktiviti dalam sebuah organisasi yang dalam jangka masa panjang.

“Untuk mengatasi masalah ini, KPWKM telah menjalankan Program Jerayawara, Bengkel Kejurulatihan bagi Antigangguan Seksual, Town Hall dan pusat sokongan sosial setempat sepanjang tahun.

“Semuanya kita anjurkan untuk memberi pengenalan kepada antigangguan seksual kepada masyarakat,” katanya ketika berucap di Malam Media KWKPM, di sini malam tadi.

Tambahnya, KPWKM turut membangunkan notis antigangguan seksual yang boleh dimuat turun melalui Kod QR dan laman web Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang boleh dipaparkan di setiap organisasi termasuk premis awam dan swasta.

Pada majlis tersebut, Nancy menyerahkan lebih 50 notis AGS kepada wakil ketua jabatan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI