fbpx

Lelaki hilang ditemui lemas selepas hampir 72 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa.

RANAU – Seorang lelaki dilaporkan hilang dalam hutan sejak Isnin lalu ditemui lemas berhampiran Kampung Kimolohing pagi tadi.

Mangsa Fred Yassin, 42, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridzwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pukul 9.08 pagi tadi memaklumkan seorang lelaki hilang di hutan.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindak lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ridzwan berkata, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari tadi.

Terdahulu, Fred bersama keluarganya keluar ke kebun berhampiran intake logi air Bambangan pada 11 Disember lalu dan kali terakhir dilihat sekitar pukul 1.30 tengah hari sewaktu mangsa menyeberangi sungai terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI