fbpx

3 penagih ditahan di Apartmen Idaman, tiada kaitan kes Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein

PETALING JAYA – Seramai tiga individu yang dipercayai penagih dadah ditahan setelah ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga individu yang juga penduduk apartmen itu didapati positif dadah.

“Semua individu ini bagaimanapun, tiada kaitan dengan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

“Kebetulan ketika kami melakukan mass DNA screening itu, mereka positif dadah. Jadi, kita tahan untuk tindakan lanjut.

“Mereka bertiga tidak mempunyai kaitan dengan siasatan ini (kes pembunuhan Zayn Rayyan),” jelasnya.

Semalam, Hussein mengesahkan, keputusan berkaitan ujian DNA secara beramai-ramai penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, bakal diketahui dalam jangka masa dua ke tiga hari lagi.

“Ujian berkenaan dijalankan adalah sebahagian daripada ‘mass screening’ yang dijalankan melibatkan penduduk di sini,”ujarnyam

Terdahulu Kosmo! seramai 228 individu telah diambil ujian DNA melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di sekitar.

Pemeriksaan terbabit dijalankan di 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI