fbpx

Rombakan Kabinet: Sivakumar digugurkan sebagai menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Sivakumar

PETALING JAYA – V. Sivakumar yang memegang portfolio Menteri Sumber Manusia sebelum ini digugurkan daripada senarai Ahli Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang digugurkan jawatan bertaraf menteri.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) kini diambil Steven Sim Chee Keong bersama timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI