fbpx

Rombakan Kabinet: Ramkarpal, Siti Aminah digugurkan sebagai timbalan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramkarpal Singh

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Parlimen Beaufort, Siti Aminah Aching digugurkan sebagai timbalan menteri.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Ramkarpal sebelum ini merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) manakala Siti Aminah memegang jawatan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Susulan itu, Anwar turut mengumumkan pertambahan lima timbalan menteri baharu iaitu Datuk Seri Noraini Ahmad, M. Kulasegaran, Datuk Ramanan Ramakrishnan, Wong Kah Woh dan Senator Dr. Zulkifli Hasan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI