fbpx

Penterjemah bahasa ditemui mati di asrama kilang besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Seorang penterjemah bahasa warga Myanmar ditemui mati disyaki dibunuh di asrama pekerja sebuah kilang besi di Teluk Kalong di sini semalam.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini pada pukul 8 pagi.

Timbalan Ketua Polis Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki warga asing itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Pemeriksaan pegawai perubatan menemukan kesan luka pada belakang badan mangsa.

“Beliau kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan lima lelaki warga asing bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Wan Muhammad berkata, lima suspek merupakan seorang warga China dan tiga warga Myanmar yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal percaya mangsa telah dicederakan dengan menggunakan senjata tajam dalam kejadian di asrama pekerja kilang besi itu.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi 09-8592222 atau Asisten Superintendan Sayed Mohd Faizal Sayed Baharom di talian 013-2818787,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI