fbpx

15 pemuda Palestin ditangkap dalam siri penahanan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan tentera rejim Israel melancarkan siri penahanan ke atas rakyat Palestin termasuklah para wanita di bandar Silwad, timur laut Ramallah.

PETALING JAYA – Rejim Israel bertindak melancarkan siri penahanan berskala besar di bandar Silwad, menahan lebih dari 15 pemuda Palestin.

Dalam serbuan itu juga, seorang isteri tahanan, Yasser Hassan, telah ditangkap selepas rumah mereka diceroboh oleh tentera Israel di wilayah timur laut Ramallah.

Tentera Israel bukan sahaja menyasarkan golongan muda, malah turut melakukan beberapa siri penangkapan rakyat Palestin termasuk golongan wanita.

Menurut sumber perubatan di sana, seorang warga Palestin dilaporkan cedera terkena tembakan yang disyaki datang dari tentera Israel.

Tindakan penahanan dan keganasan itu mendapat kritikan pedas daripada masyarakat antarabangsa yang menuntut keadilan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.

“Kuatkanlah iman mereka dan hilangkan rasa takut dalam diri mereka untuk melawan musuh. Ya Allah, jika mereka syahid, ampuni dosa mereka dan muliakan kematian mereka,” komen Zie.

“Tak tahu nak kata apa dah sebab tiada kesudahan. Rejim Zionis seronok membunuh tetapi seluruh dunia tiada ambil tindakan,” luah Ris.

“Turunkan bala yang dahsyat tak terkata ke atas bumi Israel dan makmurkan bumi Palestin,” tambah Mira.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI