fbpx

Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kit Siang.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal merakam keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu ini berhubung kenyataannya yang menyentuh kemungkinan bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tindakan terbabit diambil bagi membantu siasatan berhubung kandungan penulisan dimuat naik dalam sebuah blog yang menyentuh isu perlembagaan berkaitan pelantikan Perdana Menteri.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, proses rakaman itu akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman.

“Rakaman keterangan itu mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar prihatin terhadap isu-isu sensitif dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Terdahulu media melaporkan Kit Siang mengesahkan beliau akan memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, kenyataan berkaitan Impian Malaysia itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI