fbpx

‘Lembu siapa ni hah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lembu-lembu yang mengganggu lalu lintas di Jalan Tok Kah-Lintang berhampiran Kampung Tok Kah, Dungun baru-baru ini.

DUNGUN – Orang ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kepada segelintir penternak kerana membiarkan lembu-lembu mereka berkeliaran hingga membahayakan pengguna Jalan Tok Kah-Lintang di sini.

Lembu-lembu itu didakwa telah mengganggu kelancaran lalu lintas kerana sering melintas tidak mengira masa.

Muhammad Aiman Md. Salleh, 28, berkata, kemunculan lembu yang tiba-tiba melintas jalan raya amat membahayakan keselamatan.

“Pengguna perlu berhati-hati dan sentiasa waspada apabila melalui jalan berkenaan kerana lembu gemar melintas bila-bila masa.

“Bukan sahaja kena kerap menghentikan kenderaan, malah banyak kali juga hampir berlaku kemalangan kerana terpaksa mengelak daripada merempuh lembu-lembu terbabit,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Muhammad Aiman bimbang sekiranya terus dibiarkan, ia akan menyebabkan kehilangan nyawa akibat kemalangan di­sebabkan haiwan ternakan itu.

Ghazali Abd. Muin, 35, pula percaya lembu-lembu yang kerap melintas jalan berkenaan milik penternak tempatan.

Katanya, sikap lepas tangan penternak-penternak membebaskan lembu-lembu peliharaan mereka tanpa kawalan amat mengecewakan.

“Pihak berkuasa tempatan digesa lebih tegas menangani masalah ini. Operasi lebih kerap dapat mendisiplinkan penternak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI