fbpx

Lelaki maut tercampak keluar dari kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa selepas tercampak keluar dari keretanya yang terbabas dan jatuh ke dalam ceruk berketinggian kira-kira 20 kaki di Jalan Pan Berneo, berhampiran ladang Chart Quest di Batu Niah, Miri petang semalam.

MIRI – Seorang lelaki meninggal dunia selepas tercampak keluar dari keretanya yang terbabas dan jatuh ke dalam ceruk berketinggian kira-kira 20 kaki di Jalan Pan Berneo, berhampiran ladang Chart Quest di Batu Niah, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.57 petang semalam, dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi, pasukan bomba segera menaikkan mangsa yang dalam keadaan tertiarap pada jarak tiga meter dari keretanya menggunakan pengusung dan tali.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa yang berusia 51 tahun telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, katanya adik mangsa yang turut berada di dalam kenderaan tersebut dipercayai hanya mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI