fbpx

Isteri pertama izin kahwin dua, syaratnya madu tak boleh ada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi nasib sebagai isteri kedua apabila perkahwinannya dikenakan pelbagai syarat seperti tidak boleh mempunyai zuriat selain hanya boleh bersama suami untuk dua malam seminggu.

Menerusi luahan wanita tersebut di aplikasi X, syarat itu ditentukan oleh isteri pertama suaminya sebagai ‘tiket’ mengizinkan mereka berdua berkahwin.

“Saya isteri kedua yang kahwin atas restu isteri pertama. Bercinta dengan suami di universiti.
Tapi arwah mentua tak restu untuk kahwin sebab saya free hair (tidak bertudung), keluarga suami alim sikit.

“Suami dan isteri pertama kahwin atas kehendak keluarga. Tapi isteri pertama tahu kewujudan saya yang tak direstui hubungan.

“Dipendekkan cerita, arwah mentua meninggal enam tahun lepas dan suami minta izin isteri pertama untuk kahwin dengan saya. Isteri pertama izinkan dan keluarga pun semua dah tahu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut wanita itu, sepanjang perkahwinannya, dia banyak terasa hati dengan sikap madunya apabila semakin banyak syarat yang dikenakan sehingga turut dihalang menghadiri majlis keluarga.

“Syaratnya, saya tak boleh dibawa ke majlis suami sebab isteri pertama mahu dilihat dia satu-satunya isteri suami di khalayak ramai.

“Giliran saya dua hari seminggu (hujung minggu tidak dibenarkan) dan kami tak boleh ada anak dan dilarang tunjuk kemesraan secara terbuka dan tak boleh ada anak,” jelasnya.

Menurut wanita itu, dia terpaksa reda dengan perjalanan hidupnya disebabkan kasih dan dan sayang terhadap suami serta mahu rumah tangganya itu berada dalam keadaan aman.

“Sebab sayang dan nak hidup dalam keadaan aman, saya turuti. Selalu pujuk suami untuk ikut ie kemahuan isteri pertama. Sebab saya sedar saya ambil hak dia.

“Dia izinkan kami bersama secara halal pun saya bersyukur sangat. Tapi dalam hati, Allah je tahu apa perasaan saya. Suami selalu tanya, boleh ke bertahan?,” kongsinya lagi.

Lebih menyedihkan, wanita itu memaklumkan ramai di antara rakan-rakannya mula menjauhkan diri darinya dan menganggap dia seperti ‘penyondol’.

“Kawan-kawan dah ramai menjauh sebab di mata mereka saya penyondol. Saya hormat mereka. Apa saya buat untuk isi masa lapang adalah kerja lebih masa, fokus kerja apabila suami tak balik rumah dan setiap hujung minggu ikut geng hiking (rakan memanjat) yang kenal di Facebook,” katanya.

Meskipun sedar perkongsiannya akan menerima kecaman, namun wanita itu tetap berasa lega kerana dapat meluahkan segala yang terbuku dihatinya selama ini.

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial lain tidak mengutuk tindakannya berkahwin dengan suami orang, malah mereka menitipkan kata-kata semangat untuk wanita terbabit terus kuat dalam rumah tangganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI