fbpx

Billie Eilish suka perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILLIE EILISH

PENYANYI terkenal, Billie Eilish berasa lega apabila status seksualnya yang menyukai kaum sejenis akhirnya terbongkar secara tidak sengaja.

Ujar penyanyi itu, semuanya terjadi sewaktu dia ditemu bual majalah Variety seraya mengakui lebih tertarik dengan jantina perempuan berbanding lelaki.

“Saya sangat menyukai mereka (wanita) dan tertarik dengannya. Saya tertarik bukan sahaja secara dalaman, bahkan juga luaran (fizikal),” katanya.

Disebabkan jawapan itu, timbul khabar angin dalam beberapa buah portal hiburan yang mengatakan bahawa Eilish menyukai golongan sejenis.

Apabila berita tersebut tersebar, penyanyi berusia 21 tahun itu berkata, dia berasa lega apabila tidak perlu lagi menyembunyikan status seksualitinya.

“Saya membuat pengumuman secara tidak sengaja.

“Pada masa sama, saya juga lega apabila orang sudah mengetahui kecenderungan saya terhadap golongan wanita,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI