fbpx

Siapa juara GV10?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENGIt. Persaingan cal;on juara GV10 malam ini menjadi satu pertandingan paling sengit dalam sejarah GV sejak 2014.

MINGGU lalu ramalan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10), hari ini kita teka pasal juara pula.

Sepanjang 10 musim GV, Diva dapat rasakan GV10 paling sengit. Mana tidaknya, mereka yang bertanding adalah dalam kalangan juara dengan vokal hebat.

Kalau hendak meramal siapa juara, rasa-rasanya memang payah tetapi ada empat nama yang menjadi sebutan ramai ketika ini iaitu Liza Hanim, Naqiu, Hady Mirza dan Jaclyn Victor.

Bukan disebabkan empat lagi penyanyi iaitu Siti Nordiana, Tomok, Azharina dan Nikki Palikat tidak bagus tetapi mereka meramalkan berdasarkan prestasi mingguan.

Tak dinafikan Naqiu dan Hady Mirza akan bersaing sengit malam ini. Mereka pula dapat rakan duet yang hebatnya bukan kepalang iaitu Cakra Khan serta Dayang Nurfaizah. Kalau boleh, Diva tak mahu menidakkan peluang peserta lain sebab apa sahaja boleh berlaku pada pentas akhir GV10 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini.

Semoga tiada isu sakit atau masalah hilang suara malam ini.

DIVA: Terhibur betul tengok gelagat Aaisyah Dhia Rana, semakin cantik, kalah ibunya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI