fbpx

Rebut peluang daftar diri lanjut pengajian ke IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai boleh memohon bagi pengambilan pelajar ke IPT di reruai KPT pada Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meminta agar orang ramai merebut peluang bagi memohon tawaran kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) pada Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani.

Jurucakap KPT berkata, reruai yang dibuka bermula semalam hingga esok menawarkan pengambilan bagi mereka yang berminat dalam melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik dan kolej komuniti.

Jelasnya, sejak semalam reruai yang dibuka oleh pihak KPT hanya mendapat permohonan kemasukan seramai 100 orang.

“Permohonan bagi pengambilan di IPT sudah ditutup tetapi kami pada program di sini ingin mengajak lebih ramai orang hadir untuk mendaftarkan diri bagi melanjutkan pengajian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.

Jelasnya, bagi permohonan kemasukan ke politeknik dan kolej komuniti juga akan terus mendapat surat tawaran pengajian sekiranya mendaftar terus sepanjang perogram itu berlangsung.

“Kita akan keluar terus surat tawaran pada hari ini, hanya perlu bawa kad pengenalan dan Sijil Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan diri.

“Semalam juga kita telah keluarkan lima surat tawaran bagi pengambilan pelajar politeknik kepada mereka yang mendaftar,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya menyasarkan 2,000 permohonan sepanjang tempoh program berkenaan.

Pada Porgram berkenaan KPT menawarkan 24,500 tempat pengajian di politeknik, kolej komuniti dan UiTM.

KPT memaklumkan ia melibatkan 24,000 tempat pengajian secara tawaran terus ke program peringkat diploma dan sijil di politeknik atau kolej komuniti terpilih, manakala 500 tempat lagi di lima program pradiploma UiTM untuk para pemohon terutamanya daripada golongan B40.

Siswazah dan pelajar IPT yang berminat untuk meningkatkan kebolehpasaran dipelawa ke reruai KPT bagi mengetahui mengenai pelbagai kursus peningkatan kerjaya yang ditawarkan melalui Program Global Outsourcing Talent bagi Pensijilan Kompetensi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI