fbpx

Jihan rangkul Anugerah Presiden selepas tukar pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHAN Balqish Ruzelan menunjukkan Anugerah Presiden yang diterimanya pada Majlis Konvokesyen MSU ke-32 di MSU, Shah Alam, hari ini- Foto FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Keputusan menukar program pengajian daripada bidang perakaunan kepada pembuatan pastri membuahkan hasil apabila Jihan Balqish Ruzelan berjaya merangkul Anugerah Presiden pada Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-32, di sini hari ini.

Graduan Sarjana Muda dalam Seni Pastri itu berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mendapati bidang perakaunan agak sukar untuk dipelajari.
“Bagaimanapun, saya berjaya menghabiskan pengajian asasi perakaunan pada Mei 2019.

“Selepas itu pada September 2019, saya ambil keputusan untuk sambung belajar di Fakulti Hospitaliti & Seni Kreatif,” katanya ketika ditemui pada majlis itu di MSU, di sini hari ini.

Walaupun menukar bidang pengajian, kata Jihan Balqish, 23, mempelajari ilmu pembuatan pastri bukannya perkara mudah kerana ia rumit serta menuntut penelitian yang jitu.

“Namun saya tetap gigih dan mengikuti pelbagai program termasuk Global Mobility Program di Istanbul, Turkye selama enam bulan pada 2022. Saya juga menjalani latihan praktikal di Emirates Palace Mandarin Oriental di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama enam bulan yang berakhir pada Mei lalu,” ujarnya.

Selepas tamat pengajian, dia bercita-cita untuk membuka sebuah kedai menjual pastri dalam tempoh lima tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI