fbpx

Lelaki rempuh, ugut penunggang motosikal diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Proton Wira Aeroback yang tular merempuh seorang penunggang motosikal di kawasan Tasek Gelugor, semalam.

TASEK GELUGOR – Polis berjaya menahan pemandu Proton Wira Aeroback yang dipercayai bertindak melanggar dan mengugut seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di kawasan Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, suspek ditahan di sekitar kawasan Tasek Gelugor sejurusnya identitinya sudah dikenal pasti.

“Suspek ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan, sejurus kejadian dia dilanggar suspek terbabit.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback melanggar penunggang motosikal sebanyak dua kali sebelum beredar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI