fbpx

Johan tewaskan juara Muay Thai WBC Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN (kiri) berjaya menundukkan Tabares dalam kategori Catchweight MuayThai Primetime US, ONE Championship 2023 di Bangkok, Thailand semalam. - ONE CHAMPIONSHIP

JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika terus mengukuhkan cengkaman di persada antarabangsa selepas menewaskan Edgar Tabares dalam kategori Catchweight MuayThai Primetime US, ONE Championship 2023 di Bangkok, Thailand semalam.

Lebih menakjubkan, Johan yang lebih dikenali dengan panggilan Jojo itu hanya memerlukan 36 saat pada pusingan pertama bagi menewaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico itu secara knockout (K.O).

Petarung berusia 17 tahun yang mewakili pasukan Rentap MuayThai Gym itu pada awalnya diasak Tabares sebelum dia melakukan serangan balas ke atas lawannya yang menyaksikan dia mencatat kemenangan.

Walaupun berdepan lawan yang lebih berusia dan berpengalaman, namun ia langsung tidak menghalang Johan daripada menunjukkan kehebatannya, sekali gus masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima pertarungan.

Untuk rekod, walaupun masih di usia muda, namun Johan sudah berjaya untuk mendapatkan kontrak enam angka di ONE Championship menerusi rekod tanpa kalah 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI