fbpx

EPL: Villa enggan lama dibuai gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLA berada di kedudukan ketiga saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini selepas berjaya mengekalkan prestasi cemerlang. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery memberi amaran kepada pasukannya supaya mengekalkan keseimbangan dalam pasukan selepas melakar kemenangan mengejutkan ketika menewaskan Manchester City kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan mereka mengekalkan aksi tanpa kalah dalam 14 perlawanan di Villa Park, namun fokus mereka ketika ini perlu dialihkan menjelang pertemuan menentang Arsenal di Emirates awal pagi esok.

“Ia kemenangan yang hebat, tetapi kami perlu mengekalkan keseimbangan. Kami perlu percaya sekarang bahawa kami sedang berada dalam kelompok empat teratas, tetapi kami belum menjadi sebuah pasukan yang baik berbanding kelab lain.

“Kami akan meraikan kemenangan ke atas City, namun perlu segera untuk mengembalikan fokus untuk bertemu Arsenal. Saya mahu pasukan ini memiliki mentaliti kemenangan dan seimbang di semua posisi,” katanya.

Tambahnya, Villa perlu terus bekerja keras untuk memastikan kedudukan mereka tidak tergugat dengan mengekalkan proses yang mereka telah lalui untuk berada di kedudukan ketika ini.

“Saya mahu memberikan fokus untuk perlawanan seterusnya berdepan Arsenal bagi memastikan pemain dapat memberikan aksi sama seperti di hadapan penyokong sendiri walaupun kami bermain di gelanggang lawan.

“Kami perlu bersiap dengan penuh profesional dan cuba untuk menjadi sebuah pasukan yang kompetitif bagi menyaingi Arsenal kerana saya fikir mereka mengetahui segala-galanya mengenai kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI