fbpx

Transformasi LuMIC perkukuh industri maritim negeri Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek LuMIC bakal memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk negeri Perak daripada aspek peluang perniagaan baharu dan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

PETALING JAYA – Usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) anak syarikat  Port of Antwerp-Bruges yang merupakan pintu gerbang industri dan logistik terkemuka di Eropah, bakal memberi manfaat kepada sektor maritim negeri Perak khususnya dalam memajukan Bandar Perindustrian Maritim Lumut/Lumut Maritime Industrial City (LuMIC).

Bagi merealisasikan projek tersebut, kedua pihak telah telah bergerak secara aktif dalam beberapa perbincangan aktif untuk mengenalpasti bidang keutamaan bagi memajukan inisiatif bandar pelabuhan tersebut.

Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, melalui kerjasama itu, pihaknya teruja terhadap program pembangunan akan datang yang mana ia turut disokong oleh kerajaan Malaysia dan juga Belgium.

“Peluang kerjasama ini akan menambah baik  sektor maritim Perak agar menjadi pintu gerbang utama bagi negara,” katanya dalam kenyataan.

Redza menerangkan, melalui kerjasama itu juga, LuMIC bakal menawarkan pelbagai kemudahan dan infrastruktur berkualiti dengan tujuan memacu pertumbuhan ekonomi melalui penyertaan sektor swasta serta menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Menjelang tahun 2047, aspirasi Lumut adalah untuk menjadi pemacu pertumbuhan bagi Perak dan kawasan utara, diterajui oleh pelaburan sektor swasta baru, insentif zon ekonomi khas dan kerjasama yang kukuh antara industri dan akademia,” jelasnya.

Tambah beliau, ia juga bakal menjadi kawasan bandar pelabuhan yang moden dan mampan yang mana, dengan transformasi LuMIC ia akan menggalakkan pemindahan dan pergerakan penduduk. 

Ini akan dilaksanakan melalui peningkatan aktiviti ekonomi di dalam LuMIC dan disokong oleh West Coast Expressway (WCE). 

Redza menerangkan, melalui pembangunan LuMIC yang memfokuskan kepada manfaat jangka panjang, ia akan membolehkan negara menyaksikan pembinaan terminal serbaguna serta kawasan industri yang akan menarik pelaburan baharu ke Perak, terutamanya dalam bidang industri maritim dan logistik.

“Kesan langsung, tidak langsung, dan yang dihasilkan oleh pelaburan ini akan membentuk banyak peluang pekerjaan dan perniagaan bagi penduduk Perak, memberikan impak positif dalam pemacu pertumbuhan ekonomi negeri dari segi sosioekonomi,” ujarnya.

Tambah beliau, melalui  sokongan daripada EU, ia akan memberi kelebihan daripada aspek  ketersambungan dan rantaian bekalan global yang memberi peluang besar bagi Malaysia.

“Kita berada dalam kedudukan yang strategik untuk memanfaatkan Pelabuhan Antwerp-Bruges yang merupakan pelabuhan terbesar kedua di Eropah.

“Tambahan pula, Malaysia berpeluang untuk memperoleh keuntungan daripada hasil hubungan erat antara Perak dengan EU melalui kerjasama yang kukuh bersama PoABI, EU dan juga yang ditimbul daripada inisiatif EU Global Hub,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI