fbpx

Tiada kesan dera lama Zayn Rayyan, dibesarkan normal – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Zayn Rayyan, Ismanira (kanan), bapa, Zaim Ikhwan (kiri).

PETALING JAYA – Polis mengesahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan pada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan dibunuh, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu dinyatakan bagi menjawab persoalan sekiranya ada kesan penderaan lama pada kanak-kanak tersebut.

“Tiada penderaan fizikal dan tiada tanda kecederaan menjurus kepada dera untuk kanak-kanak ini. Dia anak autisme dibesarkan dalam keluarga yang normal dan dijaga dengan baik.

“Pasti siapa yang kehilangan anak akan sedih dan tak mahu ini terjadi, berhenti salahkan keluarga dan biar polis lakukan siasatan, kita jamin buat yang terbaik untuk kes ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein memaklumkan pihaknya kini giat mengesan suspek menerusi data pesalah seksual yang dibawah pemerhatian pihak polis.

“Kita tidak kira mereka ini terdiri daripada penduduk lokal dan luar kawasan, saya juga telah tubuhkan task force khas dalam 50 orang dalam kes ini sehingga puas hati dalam siasatan.

“Ada perkara yang tak boleh didedahkan dan kes ini tidak straight forward, jadi kita minta beri masa polis siasat,” katanya.

Terdahulu, Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut ketika itu.-KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI