fbpx

‘Suami saya bertahan dengan ubat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZIAH dan suaminya, Mohamad Nazeri ketika ditemui di rumah mereka di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Seorang suri rumah berdepan ujian berat apabila suaminya disahkan menghidap penyakit saraf dan hati sehingga tidak mampu mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Menurut Maziah Yahya, 43, suaminya diserang dua penyakit itu pada 2021 menyebabkan pergerakan lelaki tersebut terbatas dan terpaksa dipapah sekiranya mahu bergerak.

Mohamad Nazeri Ghazali, 48, sebelum ini merupakan pekerja ladang.

“Disebabkan sakit, dia terpaksa berhenti kerja pada awal 2021 dan duduk di rumah. Suami menerima pampasan, namun wang itu sudah habis digunakan untuk tujuan rawatan dan per­belanjaan berulang-alik ke hospital,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini baru-baru ini.

Maziah berkata, disebabkan penyakit itu, anggota badan suaminya tidak mampu bergerak dan penglihatan juga kabur. Mohamad Nazeri juga sukar bercakap disebabkan penyakit saraf.

Cerita Maziah, pada mulanya suaminya ditimpa penyakit saraf, sebelum disahkan menghidap penyakit hati menyebabkan organnya lemah. Lelaki itu kini bertahan dengan memakan ubat.

Ibu tiga anak berusia 10 hingga 21 tahun itu memberitahu, bagi menampung perbelanjaan, dia bekerja di kedai makan pada waktu petang.

Wang upah itu digunakan untuk persekolahan anak-anak, barangan keperluan dapur dan perbelanjaan lain mencecah RM2,000 sebulan.

Keluarga itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan dan Majlis Ugama Islam Pahang.

Maziah berharap ada pihak yang sudi membantu sekurang-kurangnya bagi perbelanjaan mengubati penyakit suaminya sekali gus dapat meringankan perbelanjaan keluarga.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Maziah di talian 017-958 2698 atau menyalurkan terus ke akaun Bank Rakyat bernombor 220031381284 atas nama Mohamad Nazeri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI