fbpx

Piala Malaysia: Penyokong TFC mahu mutu pengadilan yang saksama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muda (tiga dari kiri) bersemangat bersama rakan-rakannya untuk memeriahkan aksi perlawanan akhir Piala Malaysia antara TFC dan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

MARANG – Penyokong Terengganu FC (TFC) berharap aksi perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini tidak dicemari mutu pengadilan yang buruk.

Seorang penyokong TFC, Muda Mat Ali, 62 berkata, mereka mahu menyaksikan perlawanan menarik diadili pegawai perlawanan yang saksama.

Dia berkata, pengadil tidak seharusnya mencuri perhatian dengan membunuh kerancakan permainan apatah lagi dengan ketiadaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) seperti dirancang Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini.

“Penyokong boleh terima apa jua keputusan sama ada kalah atau menang kerana itu adat pertandingan namun kami mahu aksi 90 minit yang berkualiti.

“Tanpa bantuan teknologi VAR, tugas lebih berat menanti pegawai perlawanan dalam perlawanan akhir ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Wakaf Dua, Bukit Payung di sini hari ini.

Dia bersama 150 penyokong TFC akan bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu buat skuad Sang Penyu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut Piala Malaysia.

Dalam pada itu, Muda berkata, dia dan rakan-rakannya akan berkain batik bagi memeriahkan suasana perlawanan akhir malam ini.

“Kain batik akan disarung bersama jersi menjadi identiti kami sebagai tanda sokongan terhadap negeri kesayangan.

“Kami harap tuah menyebelahi TFC kali ini seperti pasukan ‘adik’, TFC II yang menewaskan JDT II menjulang Piala MFl sebelum ini,” kataya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI