fbpx

Pecca sasar miliki 15 peratus pendapatan daripada sektor penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pecca optimis untuk meneroka lebih luas dalam industri penerbangan bagi memperoleh pendapatan lebih baik untuk jangka panjang. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) menyasarkan untuk menguasai pasaran dengan pendapatan diperoleh daripada  perniagaan penerbangan sebanyak 15 peratus menjelang lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Kelvin Teoh Hwa Cheng berkata, ini adalah fasa pertumbuhan baharu buat syarikat untuk meneroka lebih jauh dalam sektor penerbangan.

Pada Q1FY2024, Kumpulan mencatat kejayaan dengan pesanan pembelian pertamanya untuk menyediakan pesawat penumpang Airbus A320 yang berdaftar Eropah dengan 180 tempat duduk.

“Sijil EASA, yang kami terima daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah awal tahun ini, membuka banyak pintu untuk kami.

“Kami kini mampu memberi perkhidmatan kepada industri penerbangan yang lebih luas, pasaran yang merangkumi syarikat penerbangan komersial, pemberi pajakan dan pelabur pesawat serta ekosistem penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pada tahun fiskal 2023, Pecca memperoleh hampir 98 peratus daripada pendapatannya daripada perniagaan upholsteri automotif. 

Menurut Hwa Cheng,  penerbangan adalah industri yang sangat ketat dikawal selia dengan permintaan yang teliti terhadap kualiti, piawaian dan masa pemulihan yang bermakna pihaknya mungkin boleh memperoleh margin keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen perniagaan ini.

“Kami kini memberi tumpuan untuk membina pangkalan pelanggan yang kukuh dan stabil dengan bantuan dua rakan kongsi kami, Global Component Asia Sdn Bhd dan Aero Cabin Solutions, yang mempunyai keupayaan dan rangkaian yang mantap dalam pasaran penerbangan. 

“Kami juga akan meningkatkan aktiviti pemasaran dan usaha kami untuk mendapatkan kelulusan dengan lebih banyak pihak berkuasa penerbangan global,” ujarnya.

Tambah beliau, perancangan semasa syarikat kini menunjukkan anggaran dua kali ganda hasil untuk segmen penerbangan Pecca pada TK2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI