fbpx

Kalau tiada jodoh, saya jaga Azal selagi nyawa ada – Zarina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina berlapang dada selepas hubungan anaknya, Azal (tengah) bersama Rahmah (kiri) putus di tengah jalan.

PETALING JAYA – “Kalau ada jodoh adalah, kalau tiada saya jagalah Azal selagi nyawa saya ada.”

Itu respons pelakon Zarina Zainuddin selepas hubungan anak bujang istimewanya Muhammad Raizal Azrai atau Azal dengan wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah putus di tengah jalan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina memuat naik foto perbualan WhatsApp Rahmah yang bertanya khabar dan seakan merajuk, namun tidak difahami oleh Azal.

“Rahmah tanya, Azal lupa dengan saya? Tak pernah ada khabar. Nanti saya kembalikan cincin yang Azal beri.

“Mungkin Azal tak faham maksud Rahmah. Dia (iya iya) kan sahaja. Dah la Rahmah itu baik, saya pun dah jatuh sayang dengan dia,” katanya di ruang kapsyen, hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza yang telah dipadam, Zarina bagaimanapun memuji sikap Rahmah yang memulangkan kembali barang-barang yang dia berikan kepada wanita berkenaan.

“Rahmah dah balik ke Indonesia, dia pulangkan barang cuma kenangan manis tetap bersemadi selamanya.

“Terima kasih Rahmah hadir membahagiakan Azal walaupun sementara. Kami sayang Rahmah,” ujarnya.

Sebelum ini, Zarina mendedahkan Azal sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja di Singapura.

Mereka rapat selepas sama-sama terbabit dalam ekspo perniagaan di republik berkenaan, namun Zarina meminta Rahmah tidak terburu-buru menerima Azal sebagai teman hidup.

Selain Azal, Zarina dan suaminya Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar turut dikurniakan Muhammad Razil Azrai yang juga kembar Azal serta Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai.

Kedua-dua kembar terbabit disahkan menghidap autisme, tetapi Azal dikategorikan berada pada tahap sederhana dan mampu menguruskan diri sendiri serta boleh bekerja seperti biasa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI