fbpx

Budak pancing ikan air tawar hampir 70kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSHUA menangkap ikan air tawar 68.94kg di Sungai Ebro baru-baru ini. - Foto Lorna King/BNPS

MADRID –  Seorang budak lelaki berumur 11 tahun dari Britain berjaya memancing ikan air tawar spesies catfish seberat 68.94 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol ketika bercuti bersama bapa dan ibunya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Joshua Davenport dari East Grinstead, Sussex Barat itu terpaksa bergelut selama 25 minit dan joran pancingnya bengkok sebelum dapat  menaikkan ikan tersebut  baru-baru ini. Seramai  empat orang diperlukan untuk mengangkatnya ke tebing Sungai Ebro.

Ikan itu memiliki panjang 2.74 meter (m),  manakala ketinggian Joshua  ialah 1.67m. Dia  kini bergelar budak lelaki pertama yang berjaya menangkap ikan air tawar terbesar di Eropah.

Joshua  juga berjaya memecah rekodnya sendiri apabila memancing seekor ikan air tawar seberat  lebih 49.89kg sebelum ini.  

“Apabila melihatnya, dia sukar mempercayai saiz ikan itu. Tiga orang dewasa dan Josh mengambil masa untuk mengangkatnya (ke tebing sungai),” kata ibunya, Lorna.

Selepas bergambar,  ikan gergasi itu dilepaskan semula ke dalam sungai dengan selamat. – AGENSI 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI