fbpx

Kerana takut, wang RM480,000 milik pesara guru lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang pesara guru wanita berputih mata apabila kerugian RM480,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar daripada syarikat kurier dan pihak berkuasa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa yang berusia 56 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam.

“Pada 15 November lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar ejen syarikat kurier dan polis. Suspek menyatakan terdapat bungkusan mengandungi bahan terlarang iaitu buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Mangsa diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa menyebabkan wanita itu berasa takut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Arifai, mangsa menuruti segala arahan dengan menekan pautan yang diberikan dan berkongsi maklumat akaun bank bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Mangsa yang curiga kemudian membuat semakan ke atas akaun bank dan mendapati ada pengeluaran wang daripada akaun miliknya sebanyak RM480,000,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI