fbpx

Orang gaji Eyka Farhana lari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA FARHANA

PELAKON Eyka Farhana berkongsi luahan terkilan mengenai pembantu rumahnya yang melarikan diri biarpun selama ini dilayan dengan baik oleh keluarganya.

Aktres jelita yang terkenal dengan sikap lemah lembut itu mendedahkan pada hari kejadian pembantu rumahnya meminta gaji awal dengan alasan ada anggota keluarga sakit.

Menurutnya, dalam keadaan tidak sihat akibat demam dia hanya memberi gaji seperti dipinta tetapi tak sangka sekitar pukul 6 pagi iaitu sejam selepas dapat duit, pembantunya terus lesap.

Pada awalnya akui Eyka, dia dan keluarga tertanya-tanya sama ada mereka tidak melayannya dengan bagus, tetapi akhirnya terbongkar memang wanita berkenaan sudah merancang untuk lari.

Pelakon Anak Perjanjian Syaitan itu sempat berpesan agar pihak yang berhadapan isu sama supaya sentiasa berjaga-jaga.

Kasihan juga dengar cerita Eyka. Bukan tak layan elok, tapi kalau dah terpengaruh dengan kawan yang sama naik, memang kita tak boleh buat apa. Senang cakap, orang gaji memang tak boleh percaya.

Mizz Lahar: Seorang PA artis makan hati, majikan tak bayar gaji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI