fbpx

McDonald’s mahu capai 50,000 restoran menjelang 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah restoran McDonald's dirakam di Lille, Perancis. – AFP

NEW YORK –  McDonald’s mengumumkan pelan hala tuju pengembangan agresif semalam untuk mencapai 50,000 restoran di seluruh dunia menjelang tahun 2027 sekali gus pelan pertumbuhan terpantas dalam sejarah rangkaian restoran makanan segera tersebut.

Gergasi makanan segera  itu mempunyai 40,275 restoran pada akhir 2022  dan  akan berusaha mengembangkan cawangannya secara berkesan iaitu sebanyak  25 peratus menjelang 2027.

McDonald’s yang berkembang pesat di Amerika, merupakan rangkaian terbesar dalam industri makanan segera  dan mengatasi  dua jenama global lain iaitu Starbucks serta Subway.

Syarikat itu merancang perbelanjaan modal kira-kira AS$2.5 bilion (RM11.6 bilion) pada 2024 dan akan menambah antara AS$300 juta (RM1.4 bilion) hingga AS$500 juta (RM2.3 bilion) pada setiap tahun sehingga 2027.

Ketua pegawai pelanggannya, Manu Steijaert berkata,  kadar pengembangan semasa jauh melebihi peningkatan sebelumnya daripada 30,000  kepada 40,000 restoran dalam tempoh selama 18 tahun.

“Mudah-mudahan anda dapat merasakan keyakinan yang kami ada dalam potensi pembangunan McDonald’s dalam tempoh empat tahun akan datang dan seterusnya,” kata Steijaert.

Jualan McDonald’s dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini telah dirangsang oleh beberapa menu popular baharu seperti sandwic ayam ‘McCrispy’.

Rangkaian makanan segera itu juga mendapat manfaat daripada tempahan secara online yang lebih besar sejak pandemik Covid-19.

Rantaian restoran popular itu mengunjurkan pertumbuhan hampir dua peratus pada 2024. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI