fbpx

Letusan Gunung Marapi: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden letusan Gunung Marapi di Wilayah Sumatera Barat, Indonesia, yang berlaku pada Ahad lepas.

Menerusi satu kenyataan di sini, Wisma Putra memaklumkan, pada hari tersebut Gunung Marapi meletus dan hujan abu tebal tersebar sejauh kira-kira radius tiga kilometer serta mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di kawasan berhampiran.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Wisma Putra meminta agar mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan beralamat di Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152 Sumatera Utara, Indonesia.

“Rakyat Malaysia juga boleh menghubungi di talian +62 61 4531342 atau +62 61 4523992 atau emel ke [email protected],” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI