fbpx

Tugas sukar Ten Hag pujuk pemain Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United dilapor sudah muak dengan pendekatan yang digunakan oleh Ten Hag. - AFP

KEKALAHAN 0-1 ketika berdepan Newcastle United awal pagi Ahad lalu benar-benar mengheret pengendali Manchester United, Erik Ten Hag ke dalam situasi paling getir dalam kariernya apabila masa depannya bersama pasukan itu kini bagaikan sudah berada ‘di hujung tanduk’.

Insiden pertikaman lidah dengan penyerang, Anthony Martial dan kejatuhan prestasi penggempur harapan, Marcus Rashford menyebabkan situasi bilik persalinan The Red Devils berada dalam keadaan genting, malah Ten Hag dilapor hilang sokongan separuh daripada pemain-pemain United ketika ini.

Sumber memberitahu, para pemain tidak gembira dengan gaya permainan yang diterapkan, selain corak latihan yang terlalu keras digunakan Ten Hag menimbulkan rasa kurang senang apabila mereka diarahkan berlari terlalu banyak sepanjang sesi tersebut tanpa mengetahui tujuan sebenar.

Pengkritik bola sepak England, Paul Merson menjangkakan masa depan pengurus dari Belanda itu bergantung kepada tiga aksi United berikutnya bermula menentang Chelsea di Old Trafford awal pagi esok sebelum menentang Bournemouth dan terakhir menentang Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara yang menjadi penentu ‘hidup mati’ United.

Menurutnya, sekiranya gagal melepasi ujian ketiga-tiga perlawanan itu, Ten Hag tidak mempunyai jalan untuk menyelamatkan kariernya bersama United terutama ketika strategi permainan yang digunakan ketika menentang Newcastle sebelum ini dianggap paling buruk pernah dipersembahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI