fbpx

Premis saji pelacur kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan disyaki terlibat dalam pelacuran di sebuah premis di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Tiga wanita warga asing antara enam individu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis pelacuran di Jalan Pudu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, enam individu yang ditahan itu berusia 27 hingga 39 tahun.

“Tiga lelaki yang ditangkap terdiri daripada seorang ulat pelacuran dan dua pelanggan.

“Kita turut merampas tiga gulung tisu, tiga helai tuala, 12 keping kondom, tiga kad akses, dua buku catatan dan wang tunai RM820,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, semua individu itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI