fbpx

Cuaca buruk di sembilan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, hujan dan ribut petir diramalkan di sembilan negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, hujan dilaporkan hanya melibatkan satu dua tempat pada pagi ini iaitu di kawasan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.

Selain itu, turut diramalkan mengalami hujan adalah di kawasan pantai di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bagi Sabah pula, hujan melibatkan satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Kuching dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Manakala keadaan cuaca buruk turut dijangkakan berlaku di Sarawak iaitu di Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri,” kata MetMalaysia, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI