fbpx

CIQ Bangunan Sultan Iskandar bergelap kerana generator rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok yang memaparkan keadaan semasa gangguan bekalan elektrik di CIQ, Tambak Johor, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Insiden gangguan bekalan elektrik sehingga berlaku ‘black out’ sepenuhnya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) adalah disebabkan berlaku kerosakan pada salah satu set generator ketika kerja penyelenggaraan dilakukan malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, hal itu kerana ketika ini bangunan tersebut hanya menerima bekalan elektrik daripada satu punca.

Bagaimanapun, kerajaan telah menyediakan tujuh set generator sebagai punca bekalan elektrik tambahan.

“Pagi tadi berlaku sedikit kekecohan di CIQ BSI khususnya apabila dewan laluan pejalan kali berlaku ‘black out’ rentetan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja itu dijadual bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi.

“Sewaktu kerja-kerja dimulakan, ketujuh-tujuh set generator beroperasi dengan baik, walaubagaimanapun satu daripadanya rosak kira-kira pukul 11 malam sehingga berlaku ‘total shutdown’ pada pukul 2 pagi sebelum bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 9.30 pagi.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihaknya bersama TNB beserta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sedang mengkaji laluan punca bekalan elektrik baharu untuk dijadikan alternatif bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Kita akan mengambil beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan insiden ini tidak berulang, antaranya dengan melakukan ‘running test’ terhadap semua set generator beserta beban penggunaan, berbanding prosedur sedia ada yang dibuat tanpa beban penggunaan.

“Selain itu, pihak berwajib juga akan mengkaji laluan punca bekalan elektrik baharu khusus buat premis berkenaan, InshaAllah sekiranya penambahbaikan jangka masa panjang ini dibuat, perkara sama tidak akan berulang,” jelasnya lanjut.

Mohamad Fazli turut memberitahu, set generator yang rosak akan diperbaiki terlebih dahulu dengan kos dianggarkan sebanyak RM800,000 bagi kesemua set generator.

Terdahulu, pengguna laluan tersebut mengadu di media sosial apabila CIQ BSI mengalami gangguan bekalan elektrik selama lebih 12 jam dipercayai bermula pukul 8 malam sehingga 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI