fbpx

Sektor agrikomoditi dijangka berdepan cabaran besar tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika melancarkan Hari Agrikomoditi Negara (HAKN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. FOTO- FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Sektor agrikomoditi negara dijangka berdepan cabaran dan kekangan besar pada tahun hadapan antaranya melibatkan pengenalan peraturan-peraturan dan regulasi baharu yang lebih ketat di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, susulan daripada peraturan baharu yang akan diperkenalkan oleh negara-negara pengimport, persaingan dalam memperluaskan pasaran produk turut dijangka menjadi lebih agresif.

“Kita tahu bahawa tahun 2023 kita dah capai dan berjaya, walaupun dari segi pengeluaran kurang berbanding tahun lalu berikutan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, pertumbuhan ekonomi yang agak menguncup pada tahun ini berikutan konflik yang berlaku dari segi geopolitik dan juga inflasi yang begitu tinggi di sebahagian negara.

“Itu menjadi cabaran kepada kita disamping peraturan-peraturan baharu yang perlu kita patuhi yang diperkenalkan oleh negara-negara pengimport produk-produk kita.

“Menyedari keadaan ini, apa yang perlu difokuskan adalah bagaimana kita hendak luaskan pasaran produk-produk kita di negara selain daripada negara yang biasa mengimport produk kita untuk dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Hari Agrikomoditi Negara (HAKN) yang julung kali diadakan dengan tema ‘Memacu Kemampanan Agrikomoditi Negara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Menurut Fadillah, setakat September lalu, sektor agrikomoditi telah menyumbang RM60 bilion atau sekitar lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala nilai eksport mencapai hampir RM118 bilion (11.5 peratus) daripada keseluruhan pendapatan eksport negara.

Ketika ditanya berhubung cabaran dan peraturan-peraturan yang mungkin mengekang sektor agrikomoditi, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menjelaskan bahawa Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) merupakan salah satu daripadanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI