fbpx

Pekerja lombong gali tanah jumpa ‘pocong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggali tersebut terkejut apabila melihat satu objek berwarna putih yang menyerupai jasad manusia dengan kain kafan tertimbus di bawah tanah. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dialami seorang pekerja  lombong yang menemui objek menyerupai mayat dibalut dengan kain kafan, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Dalam video tersebut, pekerja lombong di Morowali, wilayah Sulawesi Tengah itu dilihat sedang melakukan kerja penggalian ketika waktu malam menggunakan jentera berat.

Namun, dia terkejut apabila melihat  objek berwarna putih yang menyerupai jasad manusia dengan kain kafan tertimbus di bawah tanah tersebut.

“Mahu menggali terjumpa pocong,” tulisnya pada keterangan dalam video.

Turut kelihatan adalah apa yang didakwa menyerupai mata dalam keadaan terbuka selain kulit pucat kebiruan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kelihatan seperti batu. Ia kesan pareidolia,” kata seorang netizen.

“Saya rasa ia pareidolia kerana ia kelihatan seperti leper. Gambarnya memang menyerupai pocong, tetapi ia benar-benar seperti pocong leper,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI