fbpx

Isteri ketagih skim cepat kaya, gaji suami pula dikikis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Akibat mahu segera mendapatkan keuntungan, seorang wanita ketagih menyertai skim pelaburan cepat kaya sehingga sanggup menggadaikan gaji bulanan suaminya untuk melabur.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna media sosial di kumpulan Facebook, Luahan Hati Suami semalam.

Katanya, dia tidak malu untuk berkongsi hal rumah tangganya kerana mahu perkara tersebut dijadikan pengajaran kepada pasangan lain.

Menurut bapa kepada seorang anak itu, kehidupannya semakin huru-hara sejak isterinya mula terlibat dalam beberapa projek skim pelaburan bermula tahun 2019.

“Isteri pernah bekerja, dan waktu 2019, masa Covid-19 tengah teruk, isteri dibuang kerja atas faktor kerugian syarikat. Disebabkan bosan di rumah, isteri terpengaruh tawaran skim pelaburan di Facebook dan mula menyertai beberapa projek.

“Setahun pertama semuanya okey, namun pada awal 2022, isteri mula mengalami kerugian, sehingga buatkan dia menjadi ketagih untuk sertai bermacam skim untuk raih keuntungan semula, namun bukan rezekinya apabila kebanyakan wang yang dilabur ‘hangus’ begitu sahaja.

“Wang simpanannya juga habis dilabur sehingga pendapatan bulanan saya digunanya untuk aktiviti tersebut. Isteri akan beri janji-janji manis sewaktu ingin pinjam wang saya, tetapi malangnya dia masih tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat,” kongsinya dalam satu hantaran.

Bercerita lanjut, lelaki itu berkata, hubungannya bersama isteri juga semakin renggang apabila dia enggan meminjamkan lagi wangnya kepada wanita itu kerana sudah berasa serik.

“Isteri terus merajuk sehingga memberontak. Setiap kali permintaanya untuk pinjam duit, saya tolak. Tak dapat pinjam dari saya, dia akan pinjam pada kawan-kawannya mahupun saudara lain, saya sebagai suami yang rasa malu dengan tindakan isteri.

“Saya harap para suami diluar sana, jadikan kisah saya sebagai pengajaran, jangan manjakan isteri anda dan tegaslah dengan mereka sekiranya pilihan mereka itu merugikan,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI