fbpx

Bekalan daging lembu Ramadan, Aidliftri mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foong Hin (tengah) ketika perasmian program 'The Cattle Ranch' di Taman Botani Negara, Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Bekalan daging lembu di seluruh negara dijamin mencukupi menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, bekalan daging tempatan ketika ini mampu dihasilkan sehingga 250,000 tan metrik setahun.

“Jumlah itu mungkin tidak besar namun masih mencukupi bagi pasaran terutama ketika musim perayaan. Selain pengeluaran lembu tempatan, kita masih menggunakan daging import dari luar negara.

“Justeru, bekalan daging lembu setakat ini dijamin mencukupi menjelang bulan puasa dan Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program ‘The Cattle Ranch’ di Taman Botani Negara di sini, hari ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI