fbpx

PRK Kemaman bukan referendum – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Transformasi Politeknik 2023 - 2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada Sabtu lalu tidak boleh dianggap sebagai referendum rakyat kerana ia merupakan satu kepompong yang kecil.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau turut mempersoalkan bagaimana 141,000 pengundi di Kemaman boleh dianggap sebagai satu referendum rakyat.

“Kita tidak boleh anggap sebagai referendum kerana itu satu kepompong kecil di Kemaman.

“Mana mungkin 141,000 pengundi di Kemaman dianggap sebagai satu referendum. Jadi kita harap mereka (Pas) tidak bermimpi di siang hari,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas dalam PRK Kemaman membuktikan referendum rakyat terus berpihak kepada kepimpinannya dan gabungan PN.

Takiyuddin berkata, dengan meraih majoriti lebih besar sebanyak 37,220 undi yang mewakili sokongan 70 peratus pengundi di kerusi berkenaan bukan sahaja menunjukkan penerimaan terhadap kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Malah menurutnya, ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk di Parlimen Kuala Terengganu dan Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Pelangai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI