fbpx

KPM sedia patuhi SOP susulan peningkatan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (kanan) bertanya khabar mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

RANTAU PANJANG – Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan berlakunya kluster jangkitan itu dalam kalangan warga pendidik sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setiap arahan yang diberikan KKM akan dipatuhi dari semasa ke semasa.

“Sebarang tindakan diambil berdasarkan nasihat yang telah dikeluarkan oleh KKM.

“SOP itu sudah ada,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, di sini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, jumlah kes Covid-19 meningkat 57.3 peratus iaitu 3,626 kes pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) bagi tempoh 19 hingga 25 November berbanding 2,305 kes yang dilaporkan minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, majoriti kes 48 peratus adalah terdiri daripada mereka berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI