fbpx

‘Banyak temu duga gagal, tak tahu lagi macam mana nak hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – “Saya mahu ‘give up’ (putus asa) sudah dalam cari kerja, umur masuk 28 tahun.”

Itu keluhan seorang belia di kumpulan Facebook UiTM Confession, yang kecewa berikutan masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun selepas banyak kali mencuba.

Dalam masa sama, dia turut menyatakan kekesalan tidak membuat keputusan untuk terus bekerja selepas menamatkan pengajian diploma.

“Belum dapat kerja. Bagusnya lepas diploma sambung kerja, ada peluang lagi masa tu.

“SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) gagal. Temuduga dengan Public Bank gagal,” katanya.

Susulan daripada kekecewaan itu, dia turut mempersoalkan bagaimana lagi untuk dia meneruskan kehidupan.

“Saya pun tak tahu macam mana mahu hidup lagi. Jodoh atau kahwin? Memang luar persoalan,” luahnya.

Perkongsiannya itu mendapat respon pelbagai daripada orang ramai. Ada yang memberi cadangan, tidak kurang juga turut berkongsi sedang menghadapi situasi sama.

“Apa kata awak wujudkan pekerjaan berbanding mendapatkan pekerjaan. Mulakan dengan enterprise pun okey,” cadang Mas Rizat.

“Santai bos. Saya ni diploma sains komputer pun kerja pembantu jualan ja. Yang penting gaji halal dan dapat bayar bil. Lantaklah kalau orang pandang rendah,” komen seorang pengguna.

“Syahirah Binti Husairii bukan kita je merasa,” Nadzirah Ilza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI