fbpx

700 sertai program ‘Are You Okay’ anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia, Mahsuri Dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAB Wanita Ikon Malaysia menganjurkan kempen 'Are You Okay' bagi memperkasakan usahawan wanita dan penuntut IPT.

JOHOR BAHRU – Kelab Wanita Ikon Malaysia dengan kerjasama pengeluar kicap dan sos masakan tempatan, Mahsuri Dagang Sdn. Bhd., menganjurkan kempen ‘Are You Okay’.

Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed berkata, program itu bertujuan memperkasakan golongan wanita dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang keusahawanan.

Katanya, program yang dianjurkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu telah mendapat sambutan menggalakkan dengan kira-kira 700 peserta mengambil bahagian.

“Objektif utama program ini adalah menyediakan platform untuk usahawan-usahawan wanita industri kecil dan sederhana (IKS), penuntut IPT dan agensi kerajaan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

“Program ‘Jelajah Johor’ ini telah dirasmikan isteri Tunku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam,” katanya kepada Utusan Malaysia/Kosmo!.

Normaziah turut memberitahu, syarikat usahawan tempatan turut terlibat berkongsi pengalaman mereka menerusi sesi taklimat khas.

Sementara itu, Ketua Komersial Mahsuri Dagang Sdn. Bhd., Mohd. Jazri Ikmal Hijaz memberitahu, ia merupakan kali keenam mereka bekerjasama dalam program anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia.

“Objektif kita untuk membantu masyarakat dengan kaedah memberi ilmu dan memupuk semangat untuk terlibat dalam perniagaan,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI