fbpx

[VIDEO] Si cilik comel tiru pakaian Raja Permaisuri Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang kanak-kanak tadika yang berpakaian seperti Raja Permaisuri Agong ketika menyertai sebuah pertandingan pakaian beragam.

PETALING JAYA – Seperti pelanduk dua serupa. Demikian reaksi orang ramai apabila melihat gelagat seorang kanak-kanak berpakaian seperti Raja Permaisuri Agong sewaktu menyertai pertandingan pakaian beragam baru-baru ini.

Menerusi hantaran tular di TikTok @guafiq, ketika kanak-kanak lain sebayanya mahu bergelar puteri, gadis cilik tersebut sebaliknya memilih untuk menjadi Raja Permaisuri Agong.

Lengkap dengan but berwarna kucing, beg tangan dan cermin mata bulat, penampilan kanak-kanak tersebut di atas pentas peragaan mendapat sorakan gemuruh daripada orang ramai.

“Alahai, comel betul Raja Permaisuri Agong cilik ni ya. Bagus ayahnya,” kata Sharul.

“Serupalah! Comel betul awak dik, lain daripada yang lain,” kata Fafa.

“Ya Allah, ini comel sangat,” kata Smol.

“Lepas ini bolehlah teruskan lawatan ke kawasan banjir ya sayang,” kata seorang lagi pengguna.

Setakat tengah hari hari ini, antaran tersebut telah menerima sebanyak 1,392 tanda suka dan 32,800 tontonan. – KOSMO! ONLINE

@guafiq Bila bapak kau boikot princess dis**y #princess #permaisuriagong ♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI