fbpx

[VIDEO] Nekad gertak kawanan gajah kerana enggan berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video tular di laman Facebook

PETALING JAYA – Enggan berpatah balik, seorang lelaki nekad untuk mengambil risiko dan terus memandu menerusi kawanan gajah yang menghalang jalan.

Menerusi sebuah video tular di laman Facebook, lelaki tersebut cuba menggertak kawanan gajah tersebut dengan harapan keretanya dapat melalui jalan tersebut dengan selamat.

“Terus (memandu). Jangan mengalah. Kalau tidak gertak dia (gajah) tidak akan ke tepi,” katanya dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman Facebook memuji keberanian dan keyakinan lelaki tersebut.

Tidak kurang juga, ada yang mengkritik tindakannya sebagai sesuatu yang berbahaya dan boleh membawa malapetaka sekiranya bernasib malang.

“Kalau jadi macam ini, ikut selera masing-masing. Kalau hendak lawan boleh, hendak gerak boleh, patah balik pun boleh. Tetapi semuanya ada risiko masing-masing,” kata Salesvester.

“Sekali dia libas boleh kemik kereta. Rugi sahaja gertak gajah tu,” kata Zaid.

“Amboi, bukan biasa-biasa orang yang ambil video ini ya, yakin betul,” kata Adam.

“Semasa saya bekerja di sana sekitar tahun 80-an, tidak pernah jumpa gajah sedangkan kami kerja di blok koko dan kayu kertas.

“Kalau payau, kijang, pelanduk memang selalu jumpa. Mungkin pada waktu itu, habitat gajah masih belum terancam,” kata Omar.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,300 tanda suka dan 382 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI