fbpx

[VIDEO] Kebakaran barang kitar semula punca letupan kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang kayu di Bukit Selambau, Sungai Petani terbakar dalam kejadian pada malam ini.

SUNGAI PETANI – Sebuah kilang yang terbakar di Bukit Selambau, di sini dipercayai menyimpan barang kitar semula termasuk tembaga dan produk berkaitan bateri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati premis tersebut menjalankan operasi membabitkan barangan kitar semula.

“Percikan api dan letupan itu berlaku dipercayai kerana terdapatnya bahan mudah terbakar di dalam premis dan bukan kerana letupan daripada bunga api.

“Kita sedang menunggu proses pemadaman sepenuhnya oleh pihak bomba sebelum tindakan lanjut dapat dilakukan,” katanya, di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini tiada laporan berhubung kemalangan jiwa akibat kejadian tersebut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, terdapat tiga gudang penyimpanan barang terpakai terdiri daripada logam tembaga, wayar dan bateri yang terbakar.

Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.02 malam tadi dan kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.57 malam tadi, penduduk di Bukit Selambau, di sini gempar apabila sebuah kilang kayu di situ terbakar disusuli letupan seperti bunga api. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI