fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Karpet orang Gaza pun Israel curi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang tentera rejim Zionis Israel mengambil karpet milik penduduk Gaza.

PETALING JAYA – Seorang tentera rejim Zionis Israel tergamak mencuri harta milik rakyat Palestin termasuk karpet yang dipercayai diambil dari rumah penduduk di Gaza.

Video tersebut tular di media sosial termasuk dimuat naik seorang wartawan Palestin, Ali Nasr Obaidaat menerusi Instagramnya, hari ini.

Dalam video itu kelihatan tentera rejim Zionis Israel dikenali sebagai Eitan berjalan sambil ketawa bersama rakannya, manakala tangannya turut memegang sebuah karpet.

“Karpet mewah,” kata Eitan kepada seorang lelaki ketika ditanya mengenai barangan yang dibawa pulang dari Gaza.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan orang ramai selain menyifatkan sikap rejim Zionis Israel yang sememangnya suka mencuri dan mengambil hak orang lain.

“Pencuri sejak dari hari pertama,” kata Tieko K.

“Mencuri memang hobi mereka sejak 75 tahun lalu, malah lebih lagi,” komen Nastaginas.

“Pencuri memang selamanya pencuri. Biarkan mereka ‘terbenam’ dalam Neraka Jahanam,” kata Rynboweats. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI