fbpx

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi akur tewas pikat hati pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Mohamed Affandi (dua dari kanan) bergambar bersama petugas Pas pada hari pengundian PRK Parlimen Kemaman di Kerteh, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor akur dengan kehendak pengundi yang terus memilih Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, beliau dengan jiwa besar mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat Kemaman yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 27,778 orang (pengundi) Kemaman yang memberi sokongan kepada saya dalam (PRK) ini.

“Terima kasih kepada seluruh jentera UMNO, BN dan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus-lumus membantu berkempen bersama saya,” katanya di sini hari ini.

Beliau tewas dengan majoriti 37,220 undi kepada Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu pada PRK Parlimen Kemaman.

Raja Mohamed Noor berkata, beliau dan jentera kerajaan Perpaduan telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati pengundi Kemaman sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

Begitupun, beliau menghormati keputusan yang telah dibuat pengundi kawasan Parlimen ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI